KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN BERKENAAN SITUASI BANJIR DI PULAU PINANG
1. Pagi tadi saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan. Melalui kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, didapati ada pusat-pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan elektrik.
2. Pihak kerajaan negeri Kelantan akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50 ribu sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang. Dalam situasi sebegini, saya menyeru semua pihak agar dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengenepikan sebarang sentimen politik.
3. Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Bersabarlah diatas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 16 Safar 1439H / 5 November 2017M