Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media | Seruan pendaftaran dan pengambilan vaksin Covid-19 – DMPKMT

56
SHARE

KAMI Dewan Muslimat PAS Masjid Tanah (DMPKMT) dan Ameerah Masjid Tanah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di negeri Melaka dan di Kawasan Masjid Tanah, ahli PAS serta semua, tidak kira golongan tua atau muda untuk mendaftar seterusnya mengambil vaksin covid-19 dengan segera.

Marilah sama-sama memberi sokongan dalam usaha kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini.

Vaksinasi ini amat penting untuk kita semua bagi membentuk imuniti berkelompok (herd immunity) dengan MEMASTIKAN sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia menerima vaksin.

Hati-hati dengan sebaran berita palsu dari pihak tidak bertanggungjawab.

Jom daftar sebagai penerima vaksin Covid-19. Ia percuma untuk kita semua. Sama-samalah kita menjayakan usaha kerajaan dalam membendung wabak Covid-19.

Lindung Diri, Lindung Semua.

Jom vaksin!

#JOMVAKSIN
#DMPKMT
#AMEERAHMASJIDTANAH
#KITAJAGAKITA

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .