Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan Media : Perintah Kawalan Pergerakan

998
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI MELAKA.

Perintah Kawalan Pergerakan.

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka menyambut baik keputusan Kerajaan mengeluarkan perintah Kawalan Pergerakkan dari 18 Mac – 31 Mac bagi membendung penularan wabak Covid 19.

PAS Melaka akan memberikan komitmen penuh dengan menutup operasi pejabat Perhubungan Negeri dan kawasan-kawasan sepanjang tempoh kawalan pergerakan seperti yang diarahkan. Semua kegiatan parti yang melibatkan perkumpulan atau pertemuan melibatkan orang ramai samada mesyuarat, ceramah dan lain-lainya akan samada ditangguhkan atau dibatalkan.

PAS Melaka melalui Lajnah Kebajikan dan Tim MUSMEDIK akan turut membantu memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui media sosial tentang bahaya wabak ini dan cara-cara preventif yang perlu dilakukan bagi membendung merebaknya wabak ini.

Sehubungan dengan itu, penduduk negeri Melaka disarankan agar sentiasa mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

“ Islam Memimpin Perpaduan”

KAMARUDDIN SEDIK
Pesuruhjaya PAS Melaka.