Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media | PAS Melaka mengutuk kebiadaban Iswardy

33
SHARE

APA yang dilakukan oleh Iswardy Morni adalah lambang kegagalan hidup beliau dalam memahami sistem pemerintahan RAJA BERPERLEMBAGAAN.

Raja atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah individu non-partisan merupakan sebuah lambang negara berdaulat yang dinaungi seorang Raja bertakhta.

YDPA memerintah dengan kebijaksanaan bukan mesti mengikut kehendak individu Iswardy atau parti yang diwakilinya.

Kesalahan dan kederhakaan Iswardy amat berat di sisi undang-undang dan budaya Malaysia. Beliau boleh dianggap menyerang serta menghina YDPA.

Justeru itu, sebagai balasannya PAS Melaka mengharapkan satu tindakan yang tegas dan berat tanpa kompromi dengan kesalahannya serta siapa sahaja yang cuba menyokong tindakannya.

PAS Melaka juga meminta agar pihak berwajib dapat mengesan dalang-dalang di belakang tabir perbuatan tersebut.

Moga keadilan dan undang-undang terpelihara di negara kita.

‘ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN’

DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
• Penasihat Agama Kepada YAB Ketua Menteri Melaka

30 Mei 2021 / Ahad

#StayAtHome
#SelfLockdown

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .