Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

KENYATAAN MEDIA | Kit Siang Hipokrit Perjuang Isu Kleptokrasi

803
SHARE


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
4 Julai 2017 | 10 Syawwal 1438

“KIT SING HIPOKRIT PERJUANG ISU KLEPTOKRASI”


1. Kelantangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperjuangkan isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan juga olehnya terhadap dakwaan rasuah sebanyak USD5 juta yang dilakukan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kepada Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB. Ia sebagaimana rahsia yang ‘dibocorkan’ Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

2. Kit Siang tidak perlu terus berhelah dan berdolak dalih serta mengelak dengan membesarkan isu lain sedangkan perkara itu amat serius yang secara nyata mengundang campur tangan asing. Malah anaknya, Lim Guan Eng juga seakan membayangkan DAP tidak bermasalah sekalipun wujud tindakan ketenteraan ke atas negara ini. Apakah anda sebagai Ahli Parlimen Malaysia rela dengan campur tangan seperti itu?

3. Beliau kini dilihat dalam dilema kerana Mahathir yang pernah menjadi musuh ketatnya dahulu, tetapi kini adalah sekutu akrabnya untuk menerajui dan melayari bahtera Pakatan Harapan (PH). Malah, Kit Siang seakan terkedu apabila hanya mendiamkan diri berhubung skandal matawang asing (forex) yang berlaku pada tahun 1992 atas Bank Negara Malaysia. Sedangkan ketika itu beliau paling menyinga untuk mendakwa Mahathir.

4. Isu itu belum selesai hingga 20 tahun selepas itupun iaitu pada tahun 2012 lalu, Kit Siang masih mengulangi penegasannya untuk siasatan tetap diadakan. Tiba-tiba sekarang beliau bukan sahaja seperti telah ‘mensucikan’ Mahathir, malah sering dilihat bersama termasuk merancang pembahagian kedudukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri andai PH berkuasa memerintah. Bahkan terdahulu, langsung tidak menyatakan sikap terhadap skandal rasuah yang membabitkan Guan Eng.

5. Mungkin kerana Kit Siang juga sepakat untuk melihat campur tangan asing semata-mata halobanya menguasai pemerintahan, maka dia merestui tindakan kleptokrasi Mahathir dan kecenderungan anaknya Guan Eng berkait tindakan ketenteraan itu. Jika demikian, sikapnya tersebut adalah tidak setia dan pengkhianatan kepada negara di mana kecurangan ini perlu diberi perhatian serius oleh rakyat dan pihak berkuasa negara.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
{jathumbnail off}