Home Artikel PAS Perlis

Lebih 2000 Banjiri Rumah Terbuka Aidilfitri YB Sanglang

437
SHARE

ARAU : Lebih 2000 orang tetamu telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang telah diadakan di Kuala Sungai Padang baru-baru ini. 

Majlis yang berlangsung di kediaman ADUN Sanglang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang tetamu jemputan, antaranya YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi, Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Azam Abd Samat, Pengarah PASTI Malaysia dan Mohd Khalid Ahmad yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis. 

Turut hadir, beberapa orang petugas media daripada Sin Chew Daily, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Ketika ditemui pemberita, YB Shukri Ramli yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis menjelaskan betapa kedatangan Aidilfitri sangat bermakna bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada seluruh manusia.

 “Aidilfitri ialah masa kita (umat Islam) meraikan kemenangan setelah sebulan menempuh fasa mujahadah dalam bulan Ramadhan bahkan kedatangannya juga membolehkan kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.”

“Semangat fasa mujahadah Ramadhan perlu kita perkasakan menjelang PRU-14 yang semakin dekat supaya kemenangan milik Parti Islam PAS”, ujar beliau lagi. 

Majlis yang mendapat sambutan di luar jangkaan itu berlangsung pada jam 2.00 petang itu berakhir pada jam 5.00 petang.

{jathumbnail off}