Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

2470
SHARE


KENYATAAN MEDIA
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

1 Mac 2020 | 6 Rejab 1441 H

Dewan Muslimat PAS Perak terlebih dahulu ingin merafakkan setinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah memperkenankan perlantikan YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perlantikan ini. Kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Tan Sri memimpin Malaysia Sejahtera, diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru kepada semua agar kemenangan ini dapat diisi dengan rasa syukur dan teruskan bermunajat dan meletakkan pergantungan kita kepadaNya. Kami juga berharap agar kita dapat berterusan mendoakan agar bumi Malaysia yang kita cintai ini sentiasa di dalam pemeliharaan Allah SWT.

Harapan Dewan Muslimat PAS Perak agar rakyat akan terus aman, makmur dan hidup secara harmoni diantara sesama kaum, InsyaAllah.

Salam Tahniah.

DR NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak