Home Berita PAS Kedah

KENYATAAN MEDIA JANGAN NYALAKAN API ISLAMOFOBIA DALAM NEGARA

20
SHARE

KENYATAAN MEDIA

JANGAN NYALAKAN API ISLAMOFOBIA DALAM NEGARA

Saya ingin mengingatkan pihak tertentu agar tidak berterusan menyalakan api Islamofobia dengan tuduhan yang melulu terhadap mereka yang memperjuangkan agama. Gesaan seorang pemimpin utama PKR menyerang golongan yang berpolitik berpandukan agama ibarat menentang seruan yang dianjurkan di dalam Al-Quran sendiri.

Sayugia diingatkan bahawa Islam adalah agama bernegara dan politik adalah jalan mentadbir urus negara dengan agama. Politik menjadi tunjang agama malah sebahagian besar para Rasul dan sahabat utama Nabi SAW merupakan ahli politik. Justeru, tidak layak bagi seseorang memperkecilkan hubungan politik dan agama.

Namun, tidaklah menghairankan bagaimana Islamofobia cuba dihalakan kepada perjuangan Islam dengan pelbagai alasan yang direka-reka. Kita sedar mereka cuba mensudutkan perjuangan agama dengan gelaran ekstrimisme yang menyeleweng.

Tuduhan ekstrim dan usaha membangkitkan Islamofobia oleh pemimpin lawan adalah ‘grand design’ ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung. Kesemua ini dilakukan demi memastikan ‘swing voters’ selepas kekalahan besar PH dalam kalangan pengundi muda dan Melayu-Islam.

Walau bagaimanapun, ia tidak mampu mengubah perspektif rakyat yang menilai prestasi semasa Kerajaan Persekutuan secara objektif. Ketiadaan dasar yang coherent, substantif serta bersepadu dalam menyelesaikan permasalahan asas rakyat jelas menunjukkan hala tuju dasar Kerajaan Persekutuan ketika ini semakin tersasar.

Sekian, terima kasih.