Home Artikel PAS Johor

Kenyataan Media : Dewan Muslimat PAS Johor Bantah Sokongan Terhadap Golongan LGBT & Liberal

228 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA :

Dewan Muslimat PAS Johor bantah sokongan terhadap golongan LGBT & Liberal

1.Dewan Muslimat PAS Johor membantah penganjuran Himpunan Woman’s March yang diadakan pada 9 Mac 2019 lalu dan menyelar tindakan yang jelas menyentuh sensitiviti kaum wanita di Malaysia khususnya bagi umat Islam.

2.Slogan dan laungan “Hidup Wanita”, “Hidup LGBT”, “Hentikan Stereotaip dan Prejudis”, serta perjuangan kesaksamaan gender jelas bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia kerana ia hanya berasal dari Barat dan Eropah malahan bercanggah dengan tata susila serta adat ketimuran di Malaysia.

3. Dewan Muslimat PAS Negeri Johor(DMPNJ) juga ingin mengingatkan bahawa di dalam Al-Quran ,Allah SWT telah secara jelas melaknat , mencegah serta melarang amalan budaya songsang LGBT diamalkan , sebagaimana yang termaktub dalam Surah Al-A’raf ,ayat 80-81 yang mafhumnya :

“Dan (Kami juga telah mengutus )Luth(kepada kaumnya).
(Ingatlah)tatkala dia berkata kepada kaumnya:”Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah(keji) itu yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kamu?

81.Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka)bukan kepada perempuan,maka kamu adalah kaum yang melampaui batas”.

4. Perlakuan dan tindakan mempromosi dan mempertahankan hak LGBT dilihat sebagai mencabar perintah Allah SWT dan disifatkan sungguh amat memalukan serta merendahkan martabat wanita di Malaysia.

5. Adalah amat dikesali dan mengecewakan apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada (Sisters In Islam) SIS. Tindakan memberi peruntukan kewangan ini dianggap seolah -olah mengiktiraf budaya songsang amalan mereka yang jelas bertentangan dengan norma adat ketimuran dan tatasusila seolah -olah merendahkan martabat kaum wanita di Malaysia.

6. Kita sedia maklum bahawa SIS adalah pertubuhan yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor.Ini
jelas membuktikan perjuangan mereka bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keharmonian dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita .

7. Oleh itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) tegas menyatakan bantahan terhadap perhimpunan dan segala tuntutan golongan liberal seperti SIS dan Women Aid Organization (WAO) untuk menyemai idea liberal dan fahaman feminisme di negara ini.

,8. Kaum wanita di Malaysia diseru agar tidak mengikuti ajaran songsang ini dan diharap agar terus membantah dan mencegah perbuatan songsang yang tidak mendatangkan manfaat kepada kaum wanita .

9.DMPNJ sentiasa bersifat optimis terhadap gembelengan tenaga secara kolektif dan sentiasa menyokong apa juga usaha untuk menyelamatkan serta memperjuangkan hak semua wanita dengan adil dan saksama tanpa mengira agama, bangsa dan kaum di Malaysia ini .

10.Muslimat Johor mendesak agar kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan serius dan sewajarnya bagi membendung himpunan hampir 1000 orang golongan LGBT(Lesbian,Gay,Biseksual dan Transgender) yang berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Masjid Jamek dan Dataran Merdeka tanpa permit dan kebenaran pihak polis.Himpunan atas nama kononnya memperjuangkan hak kesaksamaan kaum wanita yang bertentangan dengan adat ketimuran dan menyentuh sensitiviti ummat Islam di Malaysia harus dibendung dan dihalang pada masa akan datang .

11.Pengumuman memberi peruntukan kewangan sebanyak RM30,000 itu disifatkan seolah -olah mengiktiraf dan menyokong segala tindakan dan amalan songsang mereka.

11. Amat menyedihkan dan mengecewakan apabila sempena Hari Wanita Sedunia yang juga diraikan di Malaysia ,himpunan dan perarakan melaungkan ‘hidup LGBT’ dan pelbagai slogan lagi bergema di pusat bandaraya ibukota .

12. Jangan sampai ALLAH SWT menurunkan bala kerana kita membiarkan amalan songsang mewarisi kaum Nabi Luth suatu ketika dulu hidup subur dan dibiarkan bermaharajalela di Malaysia .
Bertindak sebelum terlambat!
Jangan biarkan nasi menjadi bubur !

Wassalam..

Salam hormat:
Normala Sudirman
AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia
Merangkap
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
9 Mac 2019 bersamaan 2 Rejab 1440H