Home Kenyataan Media PAS Selangor

TIMBALAN MENTERI (DAP) CABAR KEPUTUSAN FATWA SELANGOR

4840
SHARE

Kenyataan Media
PAS Selangor berhubung Sumbangan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat daripada DAP kepada pertubuhan Sister In Islam.

TIMBALAN MENTERI DAP CABAR KEPUTUSAN FATWA SELANGOR

1.PAS Selangor mengecam tindakan Timbalan Menteri dari DAP, YB Hannah Yeoh yang telah memberikan sumbangan sebanyak RM 30 K kepada Sisters In Islam (SIS) seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini.

2.PAS Selangor juga kesal dengan jawapan balas Timbalan Menteri yang masih mempertahankan sumbangan tersebut atas alasan membantu Wanita Muslim, sedangkan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menetapkan bahawa Sister In Islam (SIS) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

3.Tindakan Timbalan Menteri DAP ini telah mencabar fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor

4.Sumbangan dari Timbalan Menteri DAP ini juga secara tidak langsung menyanggahi institusi agama Islam yang berada dibawah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

5.PAS Selangor mendesak Timbalan Menteri DAP ini menarik balik sumbangan kepada SIS dan membuat permohonan maaf terbuka kepada DYMM Sultan Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan seluruh umat Islam.

USTAZ SALLEHIN MUKHYI
Pesuruhjaya
PAS Selangor.
10 MAC 2019