Home DHPP

Kenyataan Media daripada Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)

2994
SHARE

Kenyataan Media daripada Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) tersingguh dan amat kecewa serta tidak setuju dengan kenyataan Pengerusi MIC Negeri Kedah Dato S.Ananthan yang mendakwa PAS pilih kasih dan bersikap “cakap tak serupa bikin” so portal berita on-line Malaysiakini.

Sebenarnya PAS sentiasa mengamalkan setia-kawan dan tidak pernah menganiayai rakan perjuangan dalam politik atau tidak pernah mungkir janjinya. Di Sabah walaupun PAS tidak bertanding satu kerusi pun. Malahan PAS tidak pernah kecil hati dan pegang pada janji untuk membantu dan turun padang berkempen untuk calon Perikatan Nasional, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

PAS sama sekali tidak pernah menikam kawan dari belakang. Padahal kebanyakan parti politik mempergunakan PAS sebagai batu lonjatan untuk mencapai hasrat mereka. MIC kena belajar dasar dan ciri-ciri perjuangan PAS dengan niat yang ikhlas, banyak bersabar dan cari hikmah dalam apa jua keadaan dan terus redha.

Sebenarnya MIC sebagai rakan komponen Barisan Nasional (BN) harus berbincang dahulu dengan UMNO yang berada dalam Muafakat Nasional (MN) tentang perlantikan jawatan di Negeri Kedah.

Setelah sepuluh tahun bersabar Ketua DHPP dilantik sebagai Senator di Dewan Negara, ia adalah satu pengiktirafan sangat tinggi kepada DHPP yang wujud sejak 2010. Walaupun masih ramai lagi Ahli Majlis Tertinggi DHPP Pusat tidak mendapat apa-apa jawatan lantikkan politik dan jawatan GLC. Tetapi kami tidak pernah putus-asa atau melompat parti semata-mata untuk mengejar jawatan, pangkat dan pingat. Kami sentiasa tetap setia berjuang bersama Parti PAS meneruskan tanggung jawab kami untuk berkhidmat kepada masyarakat walaupun tiada apa-apa jawatan dan perlantikan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

DHPP meminta agar rakan-rakan di UMNO, MCA, MIC, Barisan Nasional, Bersatu, PN dan MN, harus bersabar, bertolak ansur, memahami situasi politik semasa dan mengeratkan lagi tali persahabatan sesama kita untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-15.

S.Barathidasan
Setiausaha DHPP Pusat