Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan Media BPPNM : Tahniah Tan Sri Muhyiddin

1748
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI MELAKA


TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Kejayaan menyelesaikan kemelut politik serta membentuk sebuah kerajaan baru bersama gabungan Parti – Parti Melayu Islam, Bumiputera bersama rakan MIC, MCA dan Gabungan dari Sabah dan Serawak adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kami mendoakan semoga YAB Tan Sri sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam menjalankan tugas dan mengembalikan kestabilan politik di negara yang tercinta.

Selamat menjalankan tugas Tan Sri. Siiru ala barakatillah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ KAMARUDDIN SEDIK
Pesuruhjaya PAS Melaka
29 Febuari 2020 | 5 Rejab 1441H