Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kental di Medan Perjuangan: Calon Senaling N.17 Ummi Fazilah

1462
SHARE

Kental di Medan Perjuangan: Calon Senaling N.17 Ummi Fazilah

Oleh: Bintulhuda

Tiada siapa yang menyangka disebalik sosok tubuh yang bertudung labuh ini pernah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan serta mentadbir Down Syndrome Centre, Senawang.

Ustazah Fazilah Binti Haji Abu Samah adalah anak jati Kuala Pilah, Negeri Sembilan dilahirkan pada 6 Mac 1954 dan telah berkahwin dengan suami pilihan iaitu Muhammad Bin Kudus selama 27 tahun dan kini mereka telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan 3 orang cahaya mata.

Ustazah Fazilah lebih intim dengan anggilan ‘Ummi’ adalah pemegang Diploma Usuluddin di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai kerani di Standardchart, Seremban. Beliau juga diberikan kepercayaan untuk menjadi Ketua Urusan Muslimat Cawangan Sungkak pada tahun 2015 sehingga 2019 dan juga pernah menjadi Bendahari Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan (DMPNS) selama 6 tahun.

Selain itu, Ummi telah mendapat kelulusan akademik Sijil Pengurusan Jenazah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Ummi pernah menjadi Pengurus Jenazah di Dun Senaling sebagai Bilal Wanita di Pejabat Agama Kuala Pilah dari tahun 2015 sehingga tahun 2017.

Ummi berpegang pada prinsip iaitu sentiasa hadir di setiap program yang sediakan hatta hanya usrah bulanan. Berbekal kelebihan dapat memandu, beliau tidak kisah untuk memandu walau jarak yang akan dipandunya jauh. Inilah Ummi kita yang sentiasa menjadi inspirasi kepada anak muda.

Penglibatan awal Ummi dalam medan dakwah ini apabila tertarik dengan semangat juang almarhum Ustaz Fadhil Noor.

Kini, Ummi yakin apa yang dilakukannya kerana Lillahitaala’ dan demi mencapai Mardhatillah. Wanita hebat ini bakal bertanding di N17 Senaling demi membawa mesej kesejahteraan rakyat berlandaskan syariat Islam.

Ayuh sama sama menyokong Ummi di Senaling N.17.