Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Siti Zailah: Tokoh Zainab al Ghazali, Srikandi Serambi Mekah

2510
SHARE

Siti Zailah: Tokoh Zainab al Ghazali, Srikandi Serambi Mekah

Oleh: Fadhlina Yusoff

Siti Zailah atau lebih dikenali dengan nama Kak Lah adalah muslimat yang hebat. Kehebatannya diperakui rakyat, khususnya rakyat Rantau Panjang tempat di mana beliau mencurahkan seluruh tenaga dan bakti sebagai pembela mereka. Pengorbanan yang dilakukan oleh Kak Lah, melayakkan beliau untuk menerima dua pingat khas dari Duli Maha Mulia Sultan Kelantan iaitu Pingat Mahkota Jiwa Kelantan dan Pingat Jiwa Kelantan.

Kepimpinan beliau juga diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Kelantan apabila dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Muslimat Kelantan sebagai menghargai jasa – jasa beliau sebagai wakil rakyat di negeri tersebut. Selain itu, Kak Lah juga dipilih oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan sebagai Tokoh Kepimpinan Wanita Kelantan dan Tokoh Srikandi Zainab al Ghazali.

Pengalaman Kak Lah sebagai Ahli Parlimen selama 6 tahun dan dan 10 tahun sebagai Ahli Dewan Rakyat, menjadikan beliau sangat dekat dengan isu – isu rakyat. Dari segi pentadbiran dan dakwah pula, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Peringkat Negeri Kelantan dan Pegawai Dakwah Halaqat Kawasan Tanah Merah. Di samping itu, beliau juga diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Negeri Kelantan.

Kak Lah  berpesan kepada seluruh anak muda, agar menjadi mujahid dan mujahidah yang bertaqwa kepada Allah.

“Kita nak lahirkan anak-anak muda yang mempunyai jiwa yang murni, jiwa yang mantap dengan iman, yang mempunyai akhlak yang tinggi, mempunyai ilmu yang penuh di dada, yang mempunyai pelbagai kemahiran dan mereka mestilah meletakkan Allah sebagai tempat kecintaan yang tertinggi dalam hidup mereka. Itulah yang kita harapkan. Insyallah hanya Islam dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah. Kita ingin lahirkan generasi rabbani yang hebat, yang mampu menjadi pewaris kepada kepimpinan ulama yang ada pada masa kini,” ujar beliau penuh pengharapan di akhir sesi temuramah ini.