Home Berita PAS Pahang

Profesional PAS: Calon Inderapura miliki dua PhD

5863
SHARE

Di tengah-tengah fitnah musuh PAS mengatakan semakin ramai profesional meninggalkan parti itu, PAS sebaliknya membariskan ramai profesional dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini, termasuk di Pahang.

 

Antaranya ialah bekas pensyarah UMP Prof Madya Dr Wan Masri Wan Mohamad yang bertanding di N.16 Inderapura.

 

Wan Masri yang kini merupakan seorang konsultan mendapat PhD pertamanya dalam bidang Pengurusan dari Universiti Teknologi Malaysia  dan PhD kedua dalam bidang Sains Kompuetrdari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Manakala Degreee dan Masters dalam bidang Sains Komputer dari Universiti of Miami, Florida, USA.

 

Beliau yang juga bersiaran di dalam Tv AlHijrah merupakan Pengerusi kepada IUAH, Yayasan 3i (Pengerusi), International Tahfiz of AsmaulHusna (ITAH – Penaung), Darul Hanan (D’Hati – Pengerusi), Pertubuhan Annur3i (Pengerusi). Beliau juga merupakan motivator dan pakar kaunseling sepenuh masa.

 

Antara buku-buku tulisannya yang telah diterbitkan ialah Atas NamaMu Aku Merintih, Menjadi Isteri dan Anak Cemerlang, Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna dan yang terbaru buku PH 99.

 

Selain daripada itu PAS juga meletakkan beberapa orang profesional dan bekas pensyarah selain daripada tokoh-tokoh agama dan aktivis masyarakat.

 

Dalam pertarungan tiga penjuru di Inderapura (dalam Parlimen Kuantan), Wan Maseri akan berhadapan dengan Shafik Fauzan Sharif dari BN (penyandang) dan Fakhrul Anuar Zulkawi dari PKR.

 

Terdapat 12,830 pengundi di situ dengan majoritinya Melayu (93.11%), Cina (4.78%) dan India (2%).

 

Kerusi ini (dahulunya Penor) pernah dimenangi PAS melalui Abdul Aziz Long pada PRU ke 10, 1999.