Home Berita PAS Melaka

Kenduri Rakyat PN-Bersatu Cawangan Kuala Sungai Baru meriah

225
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 13 Apr : Kenduri Rakyat Perikatan Nasional (PN) Kuala Linggi yang berlangsung tengah hari kelmarin mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar.

Program anjuran Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Cawangan Kuala Sungai Baru ini berlangsung di Kedai Makan Che Nora, Taman Desa Baru, Kuala Sungai Baru.

Terdahulu dalam majlis yang sama turut dilakukan upacara bacaan tahlil yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Sri Tanjung.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman antara yang turut memberi ucapan dalam program ini.

Selain pimpinan parti BERSATU tempatan, turut hadir ialah Setiausaha BERSATU Bahagian Masjid Tanah, Shahrul Azhar Amir, Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Cikgu Arshad Mat Som, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun (JPRD) PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul dan juga barisan AJK PAS JPrD Kuala Linggi serta Parti BERSATU Bahagian Masjid Tanah.

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .