Home Berita PAS Johor

Kenapa orang PAS suka ber’ana-anta’?

649
SHARE
Coretan : Siri SUKA DUKA BERSAMA PAS
 
Oleh : BASRI DIN KAMAR
 
Ada orang bertanya, “kenapa orang PAS suka ber’ana-anta’? Pakai je lah Bahasa Melayu yang betul”.
.
Sebenarnya ia berlaku secara semula jadi.
.
Semasa zaman sekolah dulu, saya guna ‘aku-kau’ bila bercakap dengan rakan sebaya.
.
Kemudian, saya mula ikuti tarbiyah PAS. Waktu itu usia awal 20-an. Dalam usrah dan tamrin, saya dan rakan-rakan dibiasakan dengan amalan baca Quran, menghafaz sebahagian Al-Quran dan hadith, mendengar majlis ilmu dan sebagainya.
Barangkali, program tarbiyah ini mendidik hati kami jadi lunak.
.
Apatah lagi kami sering baca Quran bersama, hayati ayat Quran bersama.
.
Kami juga berdoa dan menangis bersama apabila membaca doa rabitah dalam Al-mathurat, iaitu doa ikrar mengikat janji setia antara hati-hati kami untuk mendaulat dan menyokong syariat Allah.
.
Dalam doa itu, kami menyebut bahawa jika ditakdirkan mati, semoga kami dimatikan sebagai syuhada, iaitu orang-orang yang syahid.
.
Suasana dalam doa pada waktu tamrin itu sungguh pilu dan syahdu..
.
Umpama sebentar lagi sahabat karib ini bakal berpisah di medan perang untuk memburu syahid.
.
Bila begitu keadaannya, saya jadi kekok hendak membahasakan ‘aku-kau’ dengan kawan-kawan ‘setamrin’. Rasa seperti istilah itu agak kasar untuk jiwa kami yang telah dihaluskan.
.
Istilah ‘saya-awak’ lebih lembut. Tetapi ia terlalu ‘skema‘, ‘nerd‘ dan ‘poyo‘. Entahlah, barangkali waktu usia 20-an itu saki baki darah Metallica masih tersemat di dada sehingga ‘geli’ pula panggil rakan sebaya dengan ‘saya-awak”.
.
Jadi, pilihan yang ada adalah ‘ana-anta’.
.
Bunyinya lebih cocok dengan jiwa budak-budak usrah berjiwa ‘saki-baki rocker’ macam saya.
.
Pembenci PAS menyindir dengan berkata, “nak tunjuk dia Islamiklah sangat tu guna ‘ana-anta'”.
.
Kalau waktu usia 20-an dulu memang saya dah ‘berperang’ dengan puak-puak macam ni.
.
Namun, bila dah makin berusia ni, kita ‘buat-buat bodo’ sahajalah.
.
Kami berkumpul belajar agama bersama. Saya tiada dalam gambar kerana saya jurugambarnya. Guna kamera filem, belum boleh selfie.

 

Lihatlah ada ‘nur’ di wajah rakan-rakan sebaya saya ini. Tak tergamak hendak berbahasa ‘aku-kau”.
Walaupun hati dilenturkan dengan usrah dan tamrin, jiwa ‘nakal’ tetap ada. Takkanlah nak berbahasa ‘saya-awak’.

 

Doa rabitah yang syahdu. Jika dihayati, dibaca kena pada masa dan suasana, ia mampu menitiskan air mata…
Penulis merupakan Guru Besar SRITI Al-Fatih, Segamat Johor