Home Berita PAS Pahang

Media Baharu medium jelas hadapi PRU

232
SHARE

Oleh: MOHD FITRY ABDULLAH

KUANTAN, 21 Jun : Konvensyen Penerangan Dan Media Baharu 2021 telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian hujung minggu lepas sebagai detik yang tepat tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang mengadaptasikan suasana norma baharu.

Program anjuran Lajnah Penerangan Dan Media Baharu PAS Malaysia (LPMB) dilihat sebagai satu pencapaian yang hebat apabila berjaya mengumpulkan 1051 peserta terdiri organisasi penerangan peringkat negeri dan kawasan dari seluruh negara.

Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berkata, dengan adanya konvensyen ini para peserta pastinya sangat terkesan dengan pembentangan sepanjang program kerana ahli-ahli PAS sangat rindu untuk mendapatkan input dan suntikan daripada pimpinan.

“Saya percaya dengan suasana kita mendepani perjuangan dalam alaf dan norma baharu kini, semua input yang disampaikan semasa konvensyen itu sangat tepat untuk memberi kefahaman buat semua ahli.

“Saya yakin semua peserta jelas dengan perlaksanaan gerak kerja yang kita aplikasikan sebelum ini dan hari ini pasti mereka telah nampak real picture di hadapan mereka.” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching di sini.

Menurutnya lagi, dari pengalaman yang lalu seharusnya ahli-ahli PAS lebih tahu bagaimana untuk menyampaikan mesej dan informasi kepada masyarakat yang bukan hanya secara konvensional tetapi perlu juga menerangkan dengan menguasai media baharu.

“Arahan yang diturunkan oleh pimpinan kepada semua peringkat sangat jelas, tinggal lagi kita yang perlu jadikan media baharu ini sebagai sebahagian dari kehidupan kita.

“Ahli juga jangan dilihat sebagai ‘medium pelayan’ kepada agenda pihak lawan. Jangan kita lebih sibuk nak menjawab, berdebat dengan musuh di media sosial yang sebenarnya lebih mengundang kepada kelemahan kita. Seterusnya bukan menidakkan arahan yang diturunkan.

“InsyaAllah kami di Pahang akan jadikan media baharu ini sebagai silibus tambahan dalam modul tarbiah kita. Ahli-ahli PAS diseru memahami halatuju penerangan serta menjelaskan gerak kerja kerajaan dan parti secara pro-aktif.” jelasnya.

Perasmian penutup konvensyen tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-: