Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kempen Semarakkan Tulisan Jawi

2851
SHARE

Kempen Semarakkan Tulisan Jawi

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyambut baik usaha Kerajaan melalui pengumuman “Hari Jumaat sebagai Hari Jawi” pada 10 Julai lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Hal ini membuktikan keseriusan Kerajaan untuk memartabatkan tulisan jawi dan seharusnya disambut baik oleh semua pihak terutama parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Justeru pihak DMPM melalui Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi DMPM mengajak dan menyeru semua Muslimat PAS terutamanya untuk mengamalkan tulisan jawi pada hari Jumaat bermula esok, 17 Julai 2020 dengan memuat naik hantaran di media sosial (Facebook, Instagram dan Twitter) menggunakan tulisan jawi bersama tanda pagar (#harijumaatharijawi #jawi #dmpm).

Selain itu, penghantaran mesej melalui aplikasi Whatsapp juga boleh dihantar dengan menggunakan tulisan jawi bermula esok dan diamalkan pada hari-hari Jumaat berikutnya.

Saranan dan kempen ini sebagai usaha memperkenalkan tulisan jawi kepada orang bukan Islam dan juga kepada mereka yang belum pernah mengenali dan mengetahui tulisan dan ejaan jawi. InsyaAllah semoga usaha ini mendapat sambutan daripada pelbagai pihak dan dapat dijadikan sebagai kebiasaan baharu untuk kita semua.

Ingat Hari Jumaat, ingat Tulisan Jawi.

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

Mardhiah Hayati binti Zolkeplai
Pengerusi
Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Julai 2020 bersamaan 24 Zulkaedah 1441