Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tolak Pilihan Raya PBT, Lambang Ketegasan PN

705
SHARE

Tolak Pilihan Raya PBT, Lambang Ketegasan PN

1. PAS menunjukkan ketegasannya dalam isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menolak cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hajjah Zuraida Kamarudin. Bantahan tersebut disuarakan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

2. Selain PAS, komponen parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu, Ahli Parlimen Tanjung Karang dari Barisan Nasional, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kapit dari GPS, Dato’ Alexander Nanta Linggi juga sama-sama menolak cadangan tersebut. Mereka meminta agar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak mengulangi cadangan itu pada masa akan datang.

3. PAS yang sentiasa meletakkan kepentingan Islam dan rakyat di hadapan merasakan bahawa Pilihan Raya PBT tidak relevan dengan keadaan semasa tanah air yang memperlihatkan kerjaan sangat berhemah membelanjakan wang negara di samping keadaan ekonomi yang belum mantap dan perbelanjaan rakyat bahana Covid yang tinggi. Kos sebanyak 308 juta akan menyebabkan penggunaan wang yang agak besar buat negara kita.

4. Selain itu, keadaan bandar di Malaysia yang mempunyai penduduk yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta di bandar namun menetap di kampung atau pinggir bandar menimbulkan isu siapakah yang harus mengundi pilihan raya tersebut.

5. Pelaksanaan semula Pilihan Raya PBT ini merupakan antara manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2022 atas cadangan dari Hajjah Zuraida sendiri yang memegang jawatan yang sama ketika masih dalam Pakatan Harapan. Biarpun cadangan ini tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, namun Hajjah Zuraida masih bercadang mahu melaksanakannya. Kali terakhir Pilihan Raya PBT dilaksanakan pada tahun 1965.

6. Hakikatnya Pilihan Raya PBT selain tidak sesuai dilaksanakan atas faktor sosial dan kewangan, di samping akan menambahkan ketegangan dan pemisahan antara kaum yang telah lama berlaku di Malaysia. Selain itu, akan timbul keadaan parti yang memenangi Pilihan Raya PBT berbeza dengan kerajaan di peringkat negeri dan pusat.

7. Melihatkan faktor-faktor ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong ketegasan PAS dan PN untuk menolak cadangan melaksanakan kembali Pilihan Raya PBT. Sesungguhnya ketegasan PAS amat diperlukan bagi memastikan kepentingan Islam dan rakyat sentiasa dipelihara.

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Julai 2020 bersamaan 24 Zulkaedah 1441