Home Artikel PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Mabruk Us Nasrudin Hassan Yang Dipertua YADIM Baharu

375
SHARE

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat Yang Dipertua baharu selepas penyandangnya YBhg Us Nik Omar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatannya kelmarin. YBhg Us Nasrudin Hassan telah dipilih dan dilantik menjadi Yang Dipertua yang baru.

YADIM sepertimana yang diketahui umum merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan pada 25 Januari 1974 di zaman Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri Malaysia. YADIM mempunyai peranan dan tanggungjawab dakwah yang besar membawa dan membentuk fikrah Islam serta menyelaras agenda dakwah pada semua agensi, pertubuhan dan NGO Islam.

Badan Perhubungan PAS Selangor mengucapkan tahniah atas lantikan YBhg Us Nasrudin Hassan mengemudi YADIM. Pilihan yang tepat dibuat serta sarat dengan pengalaman yang boleh dimanfaatkan demi dakwah Islam di seluruh negara.

Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Selangor

25 Zulkaedah 1441H | 16 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan