Home Berita PAS Kedah

Kembara Sahur 4.0 : Pemuda PAS Kedah santuni frontliner

131
SHARE

PADANG SERAI – Pemuda PAS Negeri Kedah melalui DACS Negeri Kedah menganjurkan program Kembara Sahur buat kali yang keempat melibatkan kepimpinan Pemuda Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai , Jabatan Amal Padang Serai dan ARC KEDAH, semalam.

Kembara Sahur 4.0 adalah program tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – DPPNK bagi meraikan para frontliner seperti Polis, Bomba Penyelamat, Doktor dan jururawat yang telah bersengkang mata demi menjalankan tugas mereka pada larut malam.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Bin Hamid mengetuai rombongan Kembara Sahur bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasrun Othman Abu Mujahid Own dan Pengarah ARC Negeri Kedah, Sir Faizal Bakar yang turut hadir bagi memeriahkan lagi rombongan pada kali ini.

Antara lokasi yang telah menjadi perhatian bagi rombongan kembara sahur kali ini adalah Hospital Kulim, Balai Polis dan Bomba Penyelamat di Kulim Hi-Tech Park, selebihnya telah diagihkan kepada pengunjung dan peniaga di Bazar Aidilfitri yang berdekatan.

“Sedikit bekal makanan kepada para frontliner tanda ingatan dari pihak kami buat insan yang sanggup berjaga malam demi kepentingan orang awam,

“Perhatian buat mereka amat wajar untuk diberikan kerana sudi berkorban masa dan tenaga demi jaminan keselamatan kepada masyakarat”, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid setelah memberikan bekal makanan.

Terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat bagi menjayakan program pada malam ini.