Home Berita PAS Melaka

Kematian anak PASTI, adik Zubaidi – PAS Melaka rakam takziah

2423
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 30 Jan : PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Almarhum adik Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek yang meninggal dunia petang semalam.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

“Sama-sama kita mendoakan, agar urusan keluarga dipermudahkan, roh adik Amir ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujar beliau dalam kenyataan itu.

Almarhum adalah bekas pelajar tadika PASTI Ummi Sham, Taman Kemboja, Selangor dan kini tinggal bersama dengan ibu kandung dan bapa tirinya di Krubong Jaya, Melaka Tengah.

Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Ustaz Kamarudin Sidek

Untuk rekod media-media tempatan semalam melaporkan bahawa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, petang semalam.

Mengikut laporan itu, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, Bilik Gerakan Melaka Tengah menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 38 tahun mendakwa anak tirinya lemas dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati kanak-kanak berkenaan tinggal bersama ibu kandungnya berusia 32 tahun dan ayah tiri.

“Perintah reman terhadap kedua-dua suspek akan dipohon esok bagi siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.

INFO KHIDMAT MASYARAKAT