Home Berita PAS Kelantan

Kemajuan Projek ECRL di Kelantan capai 47.71 peratus

452
SHARE

KOTA BHARU, 19 Jan: “Peratus kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur atau East Cost Rail Link (ECRL) bagi jajaran negeri Kelantan ialah 47.71 peratus yang direkodkan sehingga Disember 2022.”

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Dato’ Sri Darwis Abdul Razak ketika ditemui di Tapak Projek ECRL Syeksen 1, hari ini.

Menurut beliau, panjang keseluruhan rel jajaran di Kelantan ialah 43.86 kilometer (km) dan sebanyak 85 peratus atau 37.23 km projek tersebut telah bermula.

Katanya lagi, di sepanjang jajaran tersebut ia melibatkan kerja tanah sejauh 22.17 km, pembinaan jambatan 15.06 km dan 0.46 km ‘open cut’.

Dalam pada itu, Exco Infrastruktur YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor yang turut hadir dalam lawatan ke tapak projek tersebut berkata, projek ECRL yang melibatkan dua stesen utama iaitu di Kota Bharu untuk penumpang dan Pasir Puteh untuk penumpang dan kargo itu diharapkan tidak berlaku masalah dan dapat disiapkan sebagaimana yang dijadualkan siap pada Disember 2026 dan dijangka beroperasi pada Januari 2027.

Kemudahan kereta api laju 160 km sejam itu bakal memendekkan tempoh perjalanan Kota Bharu ke Gombak selama empat jam sahaja.