Home Berita PAS Johor

Kelulusan peruntukan ADUN Negeri Johor : PAS Muar ucap tahniah

933
SHARE

Kelulusan peruntukan ADUN Negeri Johor : PAS Muar ucap tahniah.

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 29 Mac : PAS Kawasan Muar mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Negeri Johor di atas kelulusan peruntukan sempena sambutan bulan Ramadan, Aidil Fitri dan agendaJohor Bersih kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Johor.

Adun Maharani, Abd Aziz Talib melahirkan rasa syukur di atas keperihatinan kerajaan negeri memberikan peruntukan kepada semua Adun tanpa mengira parti termasuk pihak pembangkang.

Beliau akan memastikan peruntukan yang diberikan dapat disalurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban mereka menghadapi Ramadan dan Syawal.


Sementara, Ketua Penerangan PAS Muar, Roslan Abd Rahman pula turut berkongsi ucapan tahniahnya kepada kerajaan Johor kerana mengamalkan politik matang demi Bangsa Johor.

“Semoga usaha ini akan berterusan di mana Adun bukan kerajaan turut diberi perhatian demi membantu pembangunan dan keselesaan rakyat negeri Johor.

“Diharapkan kerajaan persekutuan juga dapat turut sama mengamalkan politik matang seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam sesi akhir penggulungan menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kerajaan negeri Johor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada semua Adun.

Pengumuman oleh Menteri Besar, Dato Onn Hafiz Ghazi itu melibatkan implikasi kewangan bernilai 3.36 juta itu akan disalurkan dalam minggu ini juga.

“Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk program Ramadan manakala RM20,000 untuk program Aidil Fitri.

“Kerajaan Johor juga akan menambah lagi peruntukan sebanyak RM20,000 untuk menjayakan agenda Johor Bersih di kawasan masing-masing,” tambah beliau lagi.