Home Berita PAS Selangor

JUMLAH KEAHLIAN BARU PAS DI SELANGOR SEMAKIN MENINGKAT

273
SHARE

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Mac lalu telah meluluskan 4179 keahlian baru PAS untuk seluruh negara sepanjang tempoh Febuari ke Mac 2023. Daripada jumlah tersebut 404 keahlian baru diterima dari negeri Selangor sahaja.

Ini merupakan satu peningkatan sebanyak 76 ahli baru berbanding tempoh Januari ke Febuari 2023 dimana PAS Selangor ketika itu mencatatkan keahlian baru seramai 328 orang.

Ternyata keinginan rakyat Selangor menyokong dan menyertai PAS semakin memuncak selepas berlaku “Gelombang Hijau” pada PRU Parlimen ke 15 pada 20 November 2022 baru-baru ini. Dalam PRU berkenaan Perikatan Nasional telah memenangi 6 kerusi Parlimen dan 3 daripadanya melalui wakil PAS.

Rata-rata rakyat Selangor dilihat lebih yakin dan bersedia memberikan kepercayaan kepada PAS dan PN hasil dari kemampuan PAS melahirkan pimpinan yang berkualiti, berintegriti dan memiliki nilai moral yang tinggi.

Buat masa inipun sempena bulan Ramadhan, PAS cawangan-cawangan sedang giat menerima borang keahlian baru terutama dikalangan anak-anak muda yang berminat bersama perjuangan PAS.

Sekiranya trend keahlian baru PAS ini semakin meningkat ditambah dengan momentum “Gelombang Hijau” yang dimaksudkan, tidak mustahil melalui kebangkitan dan kesedaran politik rakyat Selangor, PN mampu menumbangkan PH dan mengambil-alih kerajaan negeri dalam PRN Selangor ke 15 nanti.

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Rabu 29 Mac 2023/ 7 Ramadan 1444