Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Kelulusan Belanjawan 2021: Selari Strategi Pemulihan Ekonomi Kerajaan

505
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Kelulusan Belanjawan 2021: Selari Strategi Pemulihan Ekonomi Kerajaan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kelulusan Belanjawan 2021 selepas bacaan kali ketiga semalam.

Walaupun perbezaan majoriti sangat kecil, tetapi besar kesannya terhadap pemulihan ekonomi rakyat dan negara. Selari dengan 6 strategi pemulihan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan, negara yang sedang bergerak dalam fasa Recovery (Pemulihan) ini dijangka kembali pulih dan berkembang antara kadar 6.5 hingga 7.5 peratus pada tahun 2021.

Kelulusan Belanjawan 2021 yang melalui proses undian belah bahagi menjadi petanda bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) utuh sekali gus menggagalkan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan oleh beberapa pihak daripada pembangkang.

Krisis ekonomi yang dihadapi dunia kini adalah yang terburuk sejak era the Great Depression pada sekitar tahun 1930-an. Kemampuan menguruskan isu kesihatan, ekonomi dan kebajikan dalam fasa genting pandemik COVID-19 menguatkan keyakinan rakyat untuk memberikan kepercayaan kepada kerajaan PN terus mentadbir negara.

PAS berharap Belanjawan 2021 dapat ditadbir urus dengan penuh dedikasi dan beramanah agar setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Disember 2020 | 1 Jamadil Awal 1442