Home Berita PAS Kelantan

Keluarga tinggal di rumah uzur , terima rumah lebih selesa – ADUN Temangan

18
SHARE
MACHANG, 4 Jul: YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Temangan hari ini melakukan tinjauan ke rumah keluarga yang tinggal di kediaman yang terlalu uzur. Keluarga yang terdiri dari suami, isteri dan seorang anak ini sudah beberapa tahun menyewa rumah tersebut dan sekarang ia tidak lagi sesuai untuk didiami kerana terlalu uzur. Pekerjaan suami adalah membaiki motosikal sementara isterinya bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Keluarga ini tidak mempunyai tapak rumah sendiri menyebabkan agak sukar bagi pihak DUN mendirikan rumah untuk mereka. YB YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzl mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah dan menanggung sepenuhnya sewaan bulanan sementara mereka berusaha untuk menyediakan kediaman kekal yang lebih sesuai untuk keluarga tersebut.