Home Berita PAS Kedah

Keluarga daif di Kampong Alor Binjal dapat perhatian penyelaras DUN

84
SHARE

ALOR SETAR – Penyelaras DUN Alor Mengkudu, Tuan Zakaria Sulaiman bersama kakitangan Pusat Khidmat menziarahi sebuah keluarga di Kampong Alor Binjal, Mukim Tajar, baru-baru ini.

Program ziarah berkenaan susulan aduan daripada Setiausaha Pas Cawangan Tok Sibil, Nik Zabari, berkenaan kehidupan Puan Puteh Hassan, 70, yang tinggal bersama tiga orang anak dan dua orang cucu dalam kedaifan.

Anak beliau yang bernama Noraini Othman, 40, yang berstatus ibu tunggal kini sudah tidak mampu untuk mencari nafkah kerana patah kaki akibat terbabit dalam kemalangan jalanraya.

Seorang lagi anaknya iaitu Nur Syakinah Othman, 26, memerlukan jumlah wang yang banyak bagi membiayai kos rawatan pembedahan payudara dan ovari akibat dijangkiti virus.

“Mak Cik tak tau nak minta tolong kat sapa dah, untuk belanja harian lani, hanya dok harap pada anak lelaki mak cik yang sorang tu sajalah.

“Terima kasih pada Encik dan kawan-kawan yang datang ziarah dan bagi sumbangan pada kami,” Katanya.

Pada masyarakat setempat atau sesiapa saja yang ingin membantu keluarga Puan Puteh, boleh datang ke rumah beliau di KM 13, Kampong Alor Binjal, Mukim Tajar ataupun boleh juga berurusan dengan Pejabat Pusat Khidmat Penyelaras Dun Alor Mengkudu.