Home Berita PAS Pulau Pinang

Keluarga arwah amilin Bukit Mertajam terima manfaat SkimPAS

132
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

BUKIT MERTAJAM, 19 OKTOBER – PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menyerahkan manfaat khairat kematian atau manfaat SkimPAS kepada keluarga Allahyarham Salim Desa disini Ahad lalu.

Serahan replika cek mewakili nilai RM10,000 ini disampaikan Yang Dipertua PAS Bukit Mertajam Norazman Ishak kepada Syakirah mewakili Hasimah Shahid balu Allahyarham seusai Mesyuarat tahunan PAS kali ke-37.

Menurutnya, pihak Takaful Etiqa telah mengkreditkan amaun tersebut terus ke akaun balu Allahyarham.

“PAS Bukit Mertajam akan sentiasa cakna terhadap kebajikan balu dan anak-anak arwah, insyaAllah,” ujarnya usai program itu.

“Sumbangan tersebut di serahkan di Dewan Haji Mohamad, Sekolah Rendah Islam Attarbiyatul Islamiah Masjid Tok Lebai Hashim,” ujar beliau.

Katanya, dalam mesyuarat tahunan PAS Kawasan Bukit Mertajam yang diadakan dengan kehadiran 120 perwakilan dari 14 cawangan sebulat suara untuk mengekalkan tiga pucuk pimpinan dengan menang tanpa bertanding.

Yang Dipertua (YDP) Norazman Ishak, Timbalan YDP Hussain Szalan Ghazali dan Naib YDP Adnan Yusuf dipilih melalui kaedah e-voting bagi memilih kepimpinan baharu bagi sesi 2021-2023.

Kata Norazman, dalam mesyuarat tersebut, PAS Kawasan Bukit Mertajam telah membuat usul pindaan terhadap Perlembagaan PAS bab 12, fasal 85 tatatertib ceraian (2) yang akan di bawa ke Muktamar pusat untuk dibincangkan.