Home Artikel PAS Kelantan

Kelantan tetap akan utama peruntukan YIK

107 views
SHARE

KERAJAAN Kelantan tidak akan mengurangkan peruntukkan bajet terhadap Yayasan Islam Kelantan (Yik) walaupun ada pihak yang tidak menyenanginya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri itu akan menambah peruntukan mengikut jumlah yang tertentu mengikut kesesuaiannya pada masa-masa akan datang.

Sehubungan itu, kerajaan negeri melahirkan rasa dukacita terhadap wakil BN yang mempertikaikan peruntukan untuk institusi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata sepatutnya Adun berkenaan menyokong tindakan itu.

“Kerajaan Kelantan mengutamakan pendidikan Islam pada rakyatnya dan ia adalah tuntutan Islam yang amat wajar disokong.

“Malangnya, ia dikritik kalau bukan Kelantan yang berbuat begitu, negeri mana yang akan melaksanakannya?” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2018 dalam sidang Dun Kelantan hari ini. – HARAKAHDAILY 22/11/2017