Home Berita PAS Kelantan

Kelantan serius banteras isu pembalakan haram – MB

113
SHARE

KOTA BHARU, 19 Jul: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) memandang serius isu pembalakan haram.

Menurutnya, pendekatan tegas diambil bagi membanteras masalah tersebut melalui operasi bersepadu JPNK yang dengan pelbagai agensi penguatkuasaan menerusi aktiviti pemantauan kawasan perhutanan secara berkala melalui penderiaan jauh. Termasuk pemeriksaan melalui rakaman dron, pemantauan secara rondaan.

“Kerajaan negeri melalui JPNK mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah melalui Akta Perhutanan Negara 1984”, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, YB Rozi Muhamad dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, semalam.