Home Berita PAS Kelantan

Kelantan satu-satunya negeri wartakan tapak Wat Siam

441
SHARE

KOTA BHARU, 21 Dis: “Kelantan di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) ialah satu-satunya negeri yang mewartakan Wat Siam di negara ini,” kata Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA), Lim Guan Seng ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut beliau, 12 Wat Siam telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri iaitu sembilan di jajahan Tumpat pada Julai 2017 dan tiga di Pasir Mas pada Mei 2018 di bawah tajuk rekreasi dan kebudayaan menjamin keadilan sosial dan kebebasan menjalani aktiviti keagamaan serta kebudayaan komuniti Siam dan Budha yang diurus oleh Majlis Sangha Negeri Kelantan yang terdiri daripada ketua-ketua sami.

“Perkara ini menjadi sejarah kepada kaum Siam dan membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kaum bukan Melayu,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya lagi, Wat Siam bukan sahaja menjadi rumah ibadat, selain menjadi sekolah mempelajari bahasa Thailand, ianya juga menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan, taklimat dan majlis motivasi daripada sami-sami kepada masyarakat Siam.

Sebagai rekod, pada tahun 2004, Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Dato’ Bentara Kanan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga telah meluluskan pembinaan Kuil Siva Subramaniyar di Jalan Hamzah, Kota Bharu bagi memudahkan masyarakat hindu negeri ini melakukan aktiviti agama mereka.