Home Berita PAS Kelantan

Kelantan sambut baik pengumuman Fasa 2

23
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 5 Jul: Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara bagi Negeri Kelantan yang bermula hari ini.
Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob berkata demikian pada siaran media di Pejabat Menteri Besar, semalam.
Katanya, peralihan kepada Fasa 2 mengikut tiga indikator utama; keadaan penularan Covid- 19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, kadar penggunaan katil di wad ICU dan peratusan populasi Malaysia yang telah lengkap menerima dua dos imunisasi.
Tambahnya, Negeri Kelantan dijadualkan menerima 438 ribu dos vaksin untuk Julai dan Program Imunisasi COVID-19 bagi Negeri Kelantan akan terus diperhebat dengan memaksimumkan semua penggunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan melalui pendekatan “outreach” dalam komuniti.
Berhubung perkara yang sama, Dato’ Ahmad menyeru orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk melandaikan jangkitan COVID-19 dan berharap Allah SWT segera mengangkat wabak tersebut.