Home Berita PAS Kelantan

Kelantan pengeluar sayur dan tembikai terbesar di Malaysia

255
SHARE

PASIR PUTEH, 11 OKTOBER: Jabatan Pertanian Kelantan memaklumkan sebanyak 132,052 metrik tan yang dihasilkan melalui tanaman sayur-sayuran dengan tanah seluas 4,640 hektar pada tahun lalu, manakala mengikut rekod yang dikeluarkan juga, Jajahan Bachok dan Pasir Puteh merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran hasil tembikai khususnya di Kelantan dengan tanah seluas 2,638 hektar.

Sementara itu, bagi melihat sendiri projek yang dilaksanakan oleh para petani bagi memastikan kecukupan serta keselamatan, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, YB. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh bersama-sama Pengarah Jabatan Pertanian Norbahani Zakaria turun ke program “Walkabout” Projek Tanaman Sayuran dan Tembikai di Kampung Batu Berendam, Pasir Puteh yang mengusahakan pelbagai jenis sayuran seperti timun, petola segi, dan juga kacang panjang yang bermula awal tahun 2017.

Selain itu, Program Farmers Field Scholl (FFS) yang terletak di Kampung Haji Omar pula merupakan salah satu lokasi program pembangunan modal insan bagi melatih dan melahirkan usahawan tembikai yang mahir dan mampu memberi tunjuk ajar kepada usahawan tembikai yang lain. Justeru, Program FFS ini melibatkan dua puluh orang peserta daripada dua jajahan yang terkenal dengan tanaman tembikai daripada Jajahan Bachok dan Pasir Puteh.

Dalam hal yang sama, seramai sebelas orang peserta yang terpilih dalam Program FFS ini yang telah pun bermula pada 2010 lagi dan kini telah di perluaskan dengan ikatan kontrak bersama Syarikat BEHO Supply Sdn.Bhd selain daripada jualan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan kawasan sekitar.