Home Berita PAS Kelantan

Kelantan mohon persekutuan banteras penyeludupan dadah di sempadan

56
SHARE

KOTA BHARU, 29 Mac: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menjelaskan isu penyeludupan dadah di sempadan negara dikenal pasti dengan kewujudan bangunan haram yang dibina di atas tanah rizab dan tanah milik ditepi sungai.

“Wujud lorong-lorong tikus yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan. Permohonan peruntukan pengambilan tanah telah dibuat kepada Kerajaan Persekutuan dan akan diangkat sekali bagi disegerakan pembinaan pagar atau benteng pada masa hadapan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan YB Mohd Nazlan Mohd Hasbullah dalam Sidang DUN Kali Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2022.