Home Berita PAS Kelantan

Kelantan mahu lahirkan wanita berkelas syurga – Dato’ Mumtaz

135
SHARE

KOTA BHARU, 23 Oktober: Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi memaklumkan harapan dan cita-cita besar Kerajaan Negeri Kelantan ialah melahirkan Wanita Berkelas Syurga.

Menurutnya, terma tersebut amat bertepatan bagi menterjemah imej wanita Kelantan yang solehah dan berakhlak hebat.
Beliau mendoakan semoga peranan wanita Kelantan dari segenap aspek berada dalam hala tuju yang baik.

Katanya, jasa orang-orang terdahulu yang mengundi pemimpin yang bersahsiah mulia dan mencintai dustur Ilahi sangat besar pahalanya sehingga kita mampu mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

“Tidak semua pemimpin mahu Membangun Bersama Islam. Membangun bangunan ramai. Cita-cita MBI ini memerlukan kekuatan. Ini adalah syiar,” katanya ketika merasmikan Festival Wanita Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV, Jumaat lalu.

Festival tersebut berjaya mengumpulkan anak muda, wanita, selebriti dan pemimpin dari 14 parlimen Kelantan untuk menyambut ulang tahun ke-32 tahun Pentadbiran MBI.