Home Berita PAS Kelantan

Kelantan libatkan belia dalam projek pertanian skala besar

71
SHARE

 

Oleh NORZANA RAZALY

PASIR PUTEH, 30 Ogos: Pengerusi Jawatakuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan Kerajaan Kelantan meluluskan peruntukan lebih RM1.3 juta untuk melahirkan usahawan tani muda tahun ini.

50 peserta dari 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) dipilih sebagai perintis sebelum dikembangkan secara lebih meluas.

“Kerajaan negeri akan membantu mereka dengan menyalurkan peruntukan lebih RM20,000 kepada setiap peserta yang terpilih untuk mengusahakan tanaman jangka pendek menerusi sistem fertigasi.

Mereka dilatih dengan menggunakan kaedah pertanian moden dan mengadakan ladang kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menjamin pemasaran”, jelasnya.

Ketika ditanya tentang pelantikan ahli Parlimen Pasir Puteh sebagai Timbalan Menteri di portfolio berkenaan, katanya Kerajaan Negeri yakin YB Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berwibawa menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II kerana mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan.

“Pengalaman Dr Nik Zawawi sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mampu membantu Kelantan menjadi antara pemain utama dalam industri makanan Malaysia.

Selaku Exco Pertanian, ADUN Selising itu mengakui akan bekerjasama rapat dengan Dr Nik Zawawi untuk melaksanakan projek-projek berasaskan pertanian berskala besar di Kelantan.

Di samping, memajukan agro pelancongan yang berpotensi seperti Jeram Mengaji di Selising, Danau Tok Uban Pasir Mas dan Lojing di Gua Musang,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kempen Semarak Jalur Gemilang peringkat DUN Selising, semalam.

#ViraliyatBerita1ptg
#KelantanJelapangMakananNegara
#Merdeka64tahun