Home Berita PAS Kelantan

Kelantan lancar beca bermotor

2689
SHARE

KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila memiliki beca bermotor sebagai tarikan baru industri pelancongan di negeri ini.

Sebanyak 10 beca bermotor dipasang sebagai percubaan yang diusahakan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd.

Hari ini Menteri Besar mencuba beca versi baru tersebut ketika menghadiri Majlis Hari Raya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab Rahman menaiki beca bermotor dari Kompleks Kota Darulnaim ke bangunan PMBK sebagai gimik pra-pelancaran.

Kerajaan Negeri juga tahun ini memberi bantuan sara hidup kepada penarik beca sebanyak RM 1,200 setahun bagi membantu golongan terbabit. – HARAKAHDAILY 4/7/2018