Home Berita PAS Kelantan

Kejohanan Kuda Lasak bakal berlangsung di Jeram Mengaji

261
SHARE

KOTA BHARU, 5 Jan: Pertandingan Mini Endurance Kuda Lasak Tertutup Kelantan 2022 dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan ini di trek kuda lasak Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh.

Demikian makluman daripada pihak media Exco Pertanian, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail sejurus menerima kunjungan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan, Ahmad Faris Yussof di pejabatnya, Isnin lalu.

Perbincangan berkisar tentang penganjuran bersama, format dan aspek keselamatan peserta dan petugas. YB Tuan Mohd Saripudin yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Selising mengharapkan penganjuran kejohanan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya memandangkan acara berprestij itu adalah julung kali diadakan di Kelantan.