Home Berita PAS Kedah

Kedah Virtual Fits 2022 : Galak pemuda kekal sihat

126
SHARE

JITRA – Penganjuran Kedah Virtual Fits 2022 diharap dapat memberi galakan kepada para pemuda supaya kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr Hayati Othman berkata masalah berat badan berlebihan dikalangan orang dewasa di Malaysia agak menggerunkan.

“50% orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesti.

“Saya harap dengan adanya program Kedah Virtual Fits 2022 ini mampu menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan rakyat,” katanya ketika merasmikan Kedah Virtual Fits 2022 di Tasik Darulaman, Jitra, pagi tadi.

Beliau yang juga ADUN Tokai itu berkata, selain daripada aktiviti sukan, amalan gaya hidup sihat yang lain seperti diet juga mesti diamalkan.

“Yang penting konsisten, dan sentiasa ikut keperluan yang digariskan oleh pihak kesihatan supaya tak memudaratkan diri.

“Pemuda PAS mesti kekal sihat untuk istiqamah dalam mengerjakan ibadaj, barulah gerak kerja Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Program Kedah Virtual Fits anjuran Exco Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama DACS Fits Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bakal berlangsung selama sebulan bermula 5 Feb sehingga 5 Mac 2022 dan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman.