Home Berita PAS Kedah

Muslimat Pas Kedah hantar 22 sukarelawan dalam misi pasca banjir

82
SHARE

ALOR SETAR – Dewan Muslimat PAS Kedah menghantar seramai 22 orang sukarelawan ke misi bantuan pasca banjir di Johor, baru-baru ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, misi pada kali ini disertai oleh beberapa ahli jawatankuasa harian dewan berkenaan, Briged dan Jabatan Amal Malaysia Kedah.

“Misi bantuan pada kali ini bagi menyantuni penduduk yang terkesan dengan banjir yang berlaku serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

“Hasil sumbangan daripada Dewan-dewan Muslimat seluruh Kedah dapat membeli beberapa kelengkapan diri seperti telekung, sejadah, naskhah al-Quran, kain batik, kain pelikat, toto, bantal dan wang tunai,” katanya.

Sebelum ini Dewan Muslimat PAS Kedah telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang terutamanya Dewan Muslimat PAS Kawasan yang bertungkus lumus mengumpulkan barangan untuk misi pada kali ini,” ujarnya.