Home Berita PAS Kedah

Kedah prihatin kesan dihadapi penjaja kecil

253
SHARE

SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri prihatin terhadap nasib para penjaja kecil yang sememangnya terkesan perniagaan mereka berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia.

Sehubungan itu sebanyak RM1.26 juta diluluskan untuk diagihkan kepada 3,600 penjaja di 36 DUN seluruh negeri ini dengan bantuan berupa alatan perniagaan iaitu khemah dan meja boleh lipat.

ADUN Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim telah membuat serahan kepada 100 penjaja dalam satu serahan yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka, di sini kelmarin.

“Keprihatinan kerajaan ini telah menyumbangkan peralatan bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan untuk terus berusaha menambah pendapatan peniaga ketika PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) yang lalu.

“Dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi semangat untuk menambahbaik ekonomi kekeluargaan amnya,” ujar beliau menyatakan pengharapan.

Penyerahan pada majlis ringkas ini dilakukan secara berperingkat kepada penerima dan ianya sebagai simbolik pelancaran di DUN Pantai Merdeka yang berlangsung kelmarin.

Kos set peralatan khemah dan meja boleh lipat tersebut adalah bernilai RM350 dengan imej warna popular negeri ini iaitu hijau kuning bersama logo Kedah dan tertulis ‘Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua’.