Ketenangan umat Islam beribadat pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang mulia telah diragut oleh tindakan biadab polis rejim haram Israel, yang menceroboh Masjidil Aqsa, kiblat pertama dan tempat suci ketiga bagi umat Islam.
Pencerobohan ini berlaku selepas rejim haram ini baru sahaja membangkitkan kemarahan umat Islam dengan tindakan menceroboh rumah warga Palestin dan mengusir mereka, di kawasan kediaman Sheikh Jarrah berhampiran Masjidil Aqsa.
Tindakan-tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim haram ini dilakukan tanpa sebarang bantahan dan kecaman daripada Amerika Syarikat, yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di seluruh dunia.
Tindakan-tindakan tersebut sewajarnya menimbulkan kesedaran kepada beberapa negara Arab, yang tidak segan silu melakukan normalisasi dengan rejim haram ini, jika benar mereka mempunyai maruah sebagai bangsa Arab, jika tidak sebagai seorang muslim sekalipun.
Di samping kita bersimpati dengan saudara seagama kita di Masjidil Aqsa dan Sheikh Jarrah, kita juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka, kerana merakamkan tindakan-tindakan kejam dan biadab oleh rejim haram Zionis ini dalam bentuk video. Dengan capaian media sosial yang meluas pada hari ini, kita berharap generasi muda umat Islam dan masyarakat antarabangsa dapat melihat sendiri gambaran bagaimana golongan Zionis dahulu melakukan pencerobohan dan pengusiran terhadap warga Palestin, sehingga dapat mendirikan negara haram mereka sampai ke hari ini.
Syarikat gergasi media sosial, Facebook, Instagram dan Twitter dilaporkan turut memadamkan dan membuat tapisan terhadap kandungan dan hashtags berkaitan ketegangan ini.
Dalam hari-hari terakhir bulan Ramadan yang mulia ini, kita berdoa semoga Allah SWT menghancurkan golongan Zionis dan para sekutu mereka, dan menyegerakan penghapusan negara haram Israel dari peta dunia.
اللهمّ إنّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أَعْدائِنا
ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ
اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُمْ
وفَرِّقْ جَمْعَهُمْ
وشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ
وزَلْزِلْ أقْدامَهُمْ
وسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ
يا قَهّارُ يا جَبّارُ يا مُنْتَقِمُ
اللهمّ يا مُنْزِلَ الْكِتابِ
ويا مُجْرِيَ السَّحابِ
ويا هازِمَ الأحزابِ
اهْزِمْهُم وانْصُرْنا عَلَيْهِمْ
MOHD AMAR ABDULLAH | 28 RAMADAN 1442
Pondok Tok Ayah Kedah, Kelantan Darul Naim