Home Berita PAS Kedah

Kebersamaan anak muda Langkawi dalam program kemerdekaan

136
SHARE

Oleh SHAHIRAH

LANGKAWI – Anak muda Langkawi hadir berkumpul dalam program sempena kemerdekaan di PASTI Sungai Itau pada Jam 10 pagi semalam.

Ahli Majlis Perbandaran Langkawi merangkap Bendahari PAS Kawasan Langkawi, Ahmad Nadzri Ali juga turut serta hadir dalam program itu.

Katanya kepada pihak media, perlaksanaan program itu adalah salah satu cara menzahirkan rasa sayang pada negara.

“Program itu menunjukkan kebersamaan anak muda dengan PAS Kawasan Langkawi dalam usaha  penyatuan ummah, keamanan dan mewujudkan masyarakat sejahtera,” ujarnya.

Seterusnya, kelihatan penunggang motorsikal memakai baju hijau bertulis PAS Pilihanku dan membawa bendera Malaysia menuju ke PASTI Nurul Hasanah, Ranggut pada jam 11 pagi tadi.

Mazlan Ahmad, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi di PASTI Ranggut, menjelaskan anak muda sememangnya seronok untuk hadir ke program sebegini.

“Tahniah dan syabas kepada anak muda yang hadir bersama-sama menyokong program anjuran PAS Kawasan Langkawi bersama JPRD DUN Ayer Hangat,” ujarnya.

Menurut Aziz Bakar, Pengarah JPRD DUN Ayer Hangat, program seterusnya akan diadakan seperti memancing, bola sepak, futsal dan kayuhan basikal di masa akan datang.

Kata beliau lagi, program-program  sebegini menunjukkan kebersamaan PAS bersama anak muda pada masa kini.

Seterusnya, penyerahan bendera Malaysia diberikan kepada penduduk setempat di situ.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi, Ustazah Fatimah Ibrahim dan Ahli Majlis Perbandaran Langkawi, Azlina Azinan, turut hadir bagi mengacau bubur “Asyura” untuk diberikan kepada anak muda yang hadir berkumpul di PASTI Ranggut.

Kelihatan juga Setiausaha PAS Kawasan Langkawi, Zulkefli Muhamad saling bergandi bahu memasak bubur Asyura.

Turut hadir AJK PAS Kawasan Langkawi, AJK PAS Cawangan,  dan penyokong PAS Kawasan Langkawi.