Home Berita PAS Kedah

Sebuah keluarga kehilangan tempat berteduh

119
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

NAKA – Sebuah keluarga di Kampung Sireh, Naka hilang tempat berteduh setelah ditimpa musibah kebakaran petang Jumaat lalu.

Menurut mangsa kebakaran Abdul Rahman Ismail, semasa kejadian berlaku beliau tiada di rumah,hanya tinggal isterinya Fatimah Ismail dan anak menantu serta cucu di rumah tersebut.

Tambahnya, beliau tinggal bersama isteri, anak menantu dan sembilan orang cucu di rumah tersebut.

Menurutnya lagi, 95% rumahnya habis hangus dijilat api termasuk tiga buah kereta dan tiga buah motosikal hangus terbakar. Punca kebakaran masih belum diketahui.

ADUN Pedu, YB.Hj. Mohd Radzi Md Amin bersama Pegawai Khas beliau Mohammad Talib yang terawal sampai ke tempat kejadian tersebut bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

YB turut merakamkan takziah dan mengharapkan keluarga mangsa dapat bertabah dan sabar dengan ujian ini.

Pihak Masjid Kampung Sireh juga turut memberikan sumbangan dengan menggunakan dana tabung khairat sebanyak Rm500 bagi membantu membeli barangan keperluan.

Sumbangan tersebut telah di sampaikan oleh setiausaha masjid Mohd Zaini Hamid serta melancarkan derma kilat untuk membantu keluarga mangsa.

Sementara itu pihak Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK)Kampung Sireh telah mendirikan khemah untuk keluarga mangsa berteduh buat sementara waktu.