Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kebebasan Beragama dan Sekularisme Perancis : Perdebatan yang menghukum wanita Muslim

1439
SHARE

Kebebasan Beragama dan Sekularisme Perancis : Perdebatan yang menghukum wanita Muslim.

1. Perdebatan tentang pemakaian tudung di Perancis kembali menjadi hangat setelah salah seorang ahli parlimen Perancis memaksa seorang wanita bertudung yang menemani anaknya dalam sebuah rombongan ke perhimpunan serantau untuk menanggalkan tudung.

2. Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianuti di Perancis selepas Kristian Katolik dengan populasi hampir 9 peratus Muslim. Perancis juga merupakan negara teramai Muslim di Eropah dengan bilangan Muslim hampir 6 juta orang.

3. Namun begitu, oleh kerana Perancis masih berpegang dengan undang-undang laicite’ iaitu sekularisme, maka undang-undang telah menetapkan untuk tidak menggunakan sebarang simbol agama di sekolah dan pejabat kerajaan. Tidak cukup dengan itu, ahli politik pula sedang mengkaji undang-undang untuk menetapkan kawasan sekolah dan pejabat kerajaan sebagai kawasan bebas pemakaian simbol beragama antaranya tudung bagi wanita muslim. Undang-undang ini termasuklah para ibu (Undang-undang ini turut akan melibatkan para ibu) yang menghantar anak ke sekolah mahupun yang ingin mengikuti aktiviti sekolah.

4. Apa yang mengundang polemik, sekularisme bagaikan sudah bergerak dari pemisahan isu agama dan politik kepada suatu konsep membenci agama dan pengasingan dalam semua aspek pentadbiran yang tidak berkaitan. Islamlah agama yang paling banyak menerima akibat kebencian beragama ini memandangkan seorang muslim agak kelihatan konsep beragamanya seperti pemakaian tudung. Selain itu konsep sekularisme Perancis juga bagai mengamalkan undang-undang satu agama di mana sekolah bercuti pada hari kebesaran agama Kristian tetapi tidak pada agama lain. Ia juga menunjukkan kebebasan agama di Perancis hampir tidak wujud, bukan sebagaimana yang diagungkan kerajaannya.

5. Menurut satu kajian yang dijalankan di Perancis, Islamofobia yang dialami oleh muslim di Negara itu, 40 peratus disebabkan oleh pihak kerajaan manakala 53 peratus oleh pihak yang menjalankan undang-undang. Ini menunjukkan bahawa Islamofobia bukan disebabkan oleh rakyat secara umum tetapi lebih kepada kerajaan itu sendiri.

5. Justeru itu, Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan ini mengutuk tindakan kerajaan dan rakyat Perancis yang menghalang kebebasan mengamalkan agama Islam di Perancis. Bilangan muslim di Perancis agak ramai untuk membolehkan mereka dihormati dan dibenarkan mengamalkan cara hidup muslim secara bebas. Kebebasan beragama yang dijunjung Perancis seharusnya digunapakai untuk semua agama di Perancis.

Husna Hashim
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat Pas Malaysia

#IslamBersaudara
#LajnahAntarabangsaDMPM
#IslamMemimpinWanitaSejahtera