Home Artikel PAS Sabah

Jangan cemari bulan Maulidur Rasul dengan hiburan melalaikan

429
SHARE

Oleh : Mohd Amin Ismail
15 November 2019

KOTA KINABALU : PAS Kota Kinabalu memberi ingatan khususnya kepada umat Islam di sekitar Kota Kinabalu agar tidak terlalu ghairah dalam berhibur di saat umat Islam seluruh dunia sedang berada dalam ‘mood’ memperingati kelahiran manusia agung iaitu Rasulullah SAW.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Kinabalu, Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahya mengingatkan bahawa seharusnya kecintaan kepada Rasulullah itu dizahirkan sepanjang masa dan bukan hanya pada sambutan Maulidur Rasul semata-mata.

“Kalau minggu lepas kita boleh berarak di Masjid Negeri Sabah bagi menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah, maka seharusnya kecintaan itu terus kita zahirkan dengan tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh baginda seperti hiburan melampau,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan penganjuran Konsert Fenomena Orkestra RTM dan Konsert Aramaiti @ RTM yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada hujung minggu ini.

Beliau turut meminta agar pihak penganjur dan pihak berkuasa berusaha semaksima yang mungkin agar tidak berlaku perlanggaran syariat Allah SWT sepanjang kedua-dua konsert tersebut berlangsung.