Home Kenyataan Media PAS Melaka

KENYATAAN AKHBAR TPJ2 PAS MELAKA – P165 TANJUNG PIAI

401
SHARE

KENYATAAN AKHBAR

PEJABAT TIMBALAN PESURUHJAYA 2  BADAN PERHUBUNGAN PAS MELAKA

Tidak sampai 24 jam lagi pengundi-pengundi Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuang undi.

Pilihanraya kali ini amat penting kepada Muafakat Nasional kerana ini adalah kali pertama gabungan ini diuji prinsipnya bahawa Muafakat Nasional tidak sekali-kali mengetepikan wakil bukan Islam di dalam gagasan ini dan di dalam kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU15 nanti, insyaAllah.

Kepada pihak yang mempertikaikan PAS yang menyokong calon bukan Islam kali ini, suka saya jelaskan bahawa pada masa ini Muafakat Nasional (BN+ PAS) mempunyai 58 orang wakil di parlimen. Namun dari 58 wakil parlimen kita ini hanya dua orang sahaja dari bukan Islam iaitu satu kerusi dari MCA dan satu kerusi lagi dari MIC.

Dengan itu penambahan satu lagi kerusi wakil MCA sedikit pun tidak akan menggugat suara orang Islam di dalam Muafakat Nasional. Kita tidak sama dengan Pakatan Harapan yang majoritinya dikuasai oleh bangsa DAP yang chauvinis.

Saya dengan ini menyeru semua ahli dan penyokong PAS yang mengundi di Tanjung Piai dalam PRK ini agar membulatkan tekad mengundi satu-satunya calon kita dari Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam pembuangan undi pada Sabtu ini.

Saya ingin menegaskan bahawa PAS hanya menyokong calon BN dan tidak akan menyokong calon selain calon BN dalam PRK P165 Tanjung Piai ini.

Mari kita bulatkan tekad jatuhkan PH! Jadikan PRK ini referendum protes rakyat kepada kerajaan hancing PH!

UST IMRAN ABDUL RAHMAN
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka