Home Berita PAS Kedah

Kebajikan Rakyat: Jalin hubungan luar bantu membela nasib masyarakat

28
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 11 Okt –¬†Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu bertuah kerana mendapat kerjasama selain kesudian bantuan pelbagai pihak selama ini bagi memudahkan urusan masyarakat yang memerlukan sumbangan.

Pegawai Khas PKWR DUN Pedu, Mohamad Talib berkata, amat mensyukuri dengan penerimaan bantuan daripada pelbagai agensi yang cakna kebajikan masyarakat.

“Terima kasih kepada kepada pihak NGO Prihatin Padang Terap, YADIM Kedah dan Bank Islam Pokok Sena kerana hari ini datang bekerjasama menyalurkan bantuan kepada pesakit kronik dan OKU di Dun Pedu.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban ahli keluarga penerima,” katanya kepada Pegawai Media PKWR Dun Pedu.

Turut hadir ke misi bantuan bagi Program Musaa’dah YADIM -Bank Islam (Pesakit Kronik & OKU) pada 4&5 Oktober 2021 bertempat PKWR Dun Pedu ialah Pengarah YADIM, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengurus Cawangan Bank Islam Pokok Sena, Noor Aziah Bakar, Penaung NGO Prihatin, Ustaz Azam Abd Aziz dan Pengerusi Prihatin, Ustaz Habibullah Salleh.